Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 22 September 2012

SAH: Sharifah Khasif Isteri ke 2 Datuk Seri Mohammad Hizal


Gambar Sharifah Khasif bersama suami, Mohammad Hizal pada hari pernikahan mereka 7 September lalu.


KUALA LUMPUR - Desas-desus naib juara Akademi al-Quran musim ketiga, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kedua seorang Datuk Seri akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan status perkahwinannya semalam.

Gosip pernikahannya dengan VIP itu disiarkan dalam ruangan CAK, Selebriti, minggu lalu. Berikut isi kandungan e-mel yang dikirim Sharifah Khasif berserta gambar pernikahannya.


“Assalamualaikum warahmatullah. Terlebih dulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada media atas cerita yang diuar-uarkan. Saya juga tidak menyangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut orang dan menjadi satu pertikaian yang sepatutnya kita syukuri hikmah sesebuah perkahwinan.

Itu sepatutnya pandangan yang perlu ada apabila seseorang umat Muhammad mampu mendirikan perkahwinan yang pastinya membawa keberkatan dunia dan akhirat.

Untuk pengetahuan media, sebenarnya tidak timbul isu nikah sembunyi, nikah Siam dan sebagainya kerana perkahwinan saya pada 7 September 2012 di kediaman saya dan resepsi pada malamnya dihadiri hampir ribuan tetamu.

Saya juga mewakilkan pengurus peribadi saya, Haryati untuk menjemput pihak media dan rakan-rakan daripada stesen televisyen untuk hadir bersama.

Saya tak tahu dari mana datangnya cerita yang tidak benar ini apatah lagi perkahwinan sembunyi-sembunyi sekali gus menyebabkan ada hati-hati yang terluka.

Perkara sebegini adalah satu keaiban memandangkan saya juga dikenali sebagai ahli al-Quran yang mana dalam Islam, perkahwinan itu sendiri hendaklah diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah dan masalah kemudian hari.

Persoalan yang mempertikaikan saya isteri kedua sepatutnya tidak timbul, yang pastinya saya adalah isteri sah kepada Datuk Seri Mohammad Hizal Othman. Saya juga mempunyai prinsip di mana soal peribadi tidak perlulah dikongsikan bersama.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular