Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 21 September 2012

Remaja berkhalwat di bilik sewa dicekup


Mohd Anuar ketika menyoal siasat pasangan yang dicekup.





KLUANG - Sepasang kekasih menggunakan alasan dihalau keluarga untuk meraih simpati Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang agar mereka terselamat daripada ditangkap di sebuah bilik sewa di Pekan Simpang Renggam, di sini, awal pagi semalam.

Pasangan yang berusia di antara 22 hingga 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 pagi dalam satu operasi Cegah Maksiat yang dijalankan.

Pegawai Tadbir Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan berkenaan memberikan alasan dihalau keluarga masing-masing kerana mempunyai masalah.

“Namun, bahagian penguat kuasa mengetahui bahawa semua alasan yang diberikan adalah sekadar untuk menagih simpati agar terlepas daripada ditahan.

“Ia dikukuhkan lagi apabila pasangan tersebut dibawa ke balai polis dan didapati mereka diikat jamin keluarga masing-masing,” katanya.

Menurutnya, operasi itu diketuai, Ketua Unit Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Mohd Anuar Kosnin dan enam anggota penguat kuasa serta tujuh anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 27(1) a & b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular