Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 17 September 2012

Tiada dendam lagi' - Sri Wani

Sri Wani

KUALA LUMPUR - SELEPAS melalui semua dugaan ini, saya mula sedar bahawa dalam hidup; maaf, sedekah dan bermurah hati itu adalah benteng ketenteraman jiwa. Saya percaya selagi saya diuji, ertinya ALLAH SWT sedang memberikan perhatianNYA kepada saya.”

Usahawan butik kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, 37, yang pernah mencuri tumpuan masyarakat apabila status jantinanya dipersoal suami sedikit masa lalu.

“Syukur Kak Sri ada kawan yang amat memahami. Mereka nasihat Kak Sri untuk berdoa. Menangis dan menangislah di hadapan ALLAH kerana dia Maha Mendengar.

“Biarpun hati dan hidup diulit tragedi, Kak Sri mahu jadi seorang yang pemaaf dan reda hati. Orang yang mulia adalah orang yang berjaya melawan marah dan bersedia menghulurkan kemaafan biarpun dia berpeluang membalasnya.  Kak Sri  maafkan semua orang yang pernah menyakiti Kak Sri,” sambungnya lagi.

Tahun lalu, suami Sri Wani, bekas dekan sebuah universiti awam, Profesor Dr Bahrom Sanugi memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan selepas setahun mengahwini Sri Wani di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, selepas lebih setahun prosiding itu berlarutan, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan permohonan Bahrom, termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan permohonan Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.

Mahkamah turut menolak permohonan komital dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan Bahrom sebelum ini.

Suaminya turut diperintahkan membayar kos kepada Sri Wani sebanyak RM12,000 atas alasan teknikal bahawa Bahrom, 61, bukan seorang permastautin tetap Wilayah Persekutuan dan mahkamah tiada bidang kuasa untuk membicarakan kes itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular