Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 18 September 2012

Sukar sekat klip video asing


SEORANG pengguna internet di Kuala Lumpur masih dapat mengakses klip video Innocence of Muslims di YouTube semalam.

KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengakui sukar untuk menghalang penyebaran klip video Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. di Malaysia atas alasan Uniform Resource Locator (URL) atau alamat web klip video itu berasal dari luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar kecil) berkata, kebanyakan klip video filem berdurasi 14 minit itu telah disunting atau disalin daripada versi asal sebelum dimuat naik ke laman YouTube oleh pihak ketiga.

Katanya, klip video asal filem itu telah disekat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama enjin carian internet Google selaku pemilik YouTube.

"Namun selepas sekatan itu dibuat, muncul orang lain memuat naik banyak video yang sama dalam versi baharu dengan menggunakan alamat URL yang berbeza. Masalah ini sukar untuk kita halang kerana ia bukan di bawah bidang kuasa kementerian," katanya ketika dihubungi di Yogyakarta, Indonesia sewaktu menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kebudayaan Asia dan Eropah (ASEM) Kelima semalam.

Rais berkata, pihaknya turut mengambil kesempatan membangkitkan isu penayangan filem itu pada mesyuarat tersebut dan berharap ia dapat membuka mata dunia untuk menghormati sistem perundangan di semua negara.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pakar komputer, Azli Paat berkata, penyebaran klip video Innocence of Muslims masih boleh disekat sepenuhnya melalui kawalan pada peringkat penyedia perkhidmatan Internet (ISP) tempatan walaupun ia telah dimuat naik dari luar negara.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah-Alih Malaysia memberitahu, pengguna internet di negara ini yang ingin mengakses klip video berkenaan perlu melalui capaian ISP tempatan seperti Telekom Malaysia, Celcom dan Maxis terlebih dahulu sebelum boleh mengakses klip video daripada sumber asing.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular