Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 14 September 2012

Membujang hingga akhir hayat


SENI (kiri) bersama adiknya, Akmal menunjukkan gambar Ahmad yang ditemui mati akibat diserang penyakit jantung di Taman Pelangi, Johor Bahru kelmarin.



KUALA TERENGGANU - "Setiap kali kami bertanyakan mengenai soal jodoh, dia asyik memberikan jawapan tak perlu tergesa-gesa, tak perlu gaduh-gaduh. Tak sangka impian untuk melihatnya berkahwin tidak kesampaian."

Demikian rintih Seni Hassan, 66, kakak pegawai kastam, Ahmad, 54, yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung selepas mengalihkan keretanya di kuarters kastam Taman Pelangi, Johor Bahru kelmarin.

Kata Seni, dia tidak menyangka adiknya yang merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Pematuhan Kastam, Larkin, Johor akan membujang hingga ke akhir hayatnya.

"Dia anak ketiga dari sembilan beradik dan ibu bapa kami sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Kami ingin sangat melihat dia mendirikan rumah tangga tetapi dia kerap memberikan jawapan tunggulah dulu, tak payah gaduh-gaduh (terburu-buru).

"Jawapannya itu membuatkan kami tidak lagi membicarakan mengenai soal jodoh dan akur sahaja dengan kehendaknya," ceritanya ketika ditemui di Kampung Wakaf Che Kapur dekat sini semalam.

Semalam media melapor, dalam kejadian pukul 4.11 pagi itu, Ahmad ditemui terbaring dan tidak bernyawa selepas mengalihkan keretanya jenis Honda Civic kira-kira 30 meter dari rumahnya apabila mendapati kediaman jirannya terbakar akibat dilempar dengan bom petrol.

Menurut Seni, adiknya yang pendiam tidak menunjukkan perubahan sikap ketika ditemui di kampung mereka pada sambutan hari raya lalu.

Tambahnya, dia bercuti selama seminggu pada lebaran lalu dan adiknya tidak menjawab panggilan selepas pulang ke Johor.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular