Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 30 September 2012

Gian tarian tiang darling Betong


SEORANG lelaki membawa dua pelacur untuk dihantar kepada pelanggan di hotel.


BETONG (Selatan Thailand) – Melihat aksi ghairah penari tiang pada waktu siang selain dibelai manja sambil meminum arak di meja masing-masing menjadi salah satu sebab mengapa ramai lelaki Malaysia gian untuk ke sini berulang kali.

Situasi tersebut bukan asing di kawasan itu terutamanya di premis-premis pusat hiburan yang membolehkan lelaki Malaysia ‘cuci mata’ sebelum ‘mengangkut’ gadis pilihan dikenali sebagai darling ke bilik hotel untuk mengadakan hubungan seks. Harga yang perlu dibayar ialah antara RM150 hingga RM300.

Tinjauan di kawasan itu mendapati, premis dua tingkat yang terletak di sebuah lorong di pekan ini hanya dibuka selama lima jam bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Pelanggan hanya perlu membayar harga minuman dan tiada cas dikenakan untuk melihat tarian bogel yang dilakukan gadis berketurunan Thai itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular