Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 26 September 2012

KONSTROVERSI: Lafaz cerai suami dalam filem




Rashidi Ishak bersama Vanidah Imran

SHAH ALAM - "Kita kahwin untuk tiga hari. Hari pertama kita bernikah, hari kedua mesti kena bersanding dan selepas selesai semua upacara perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai."

Dialog yang dilontarkan Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran dalam filem Untuk Tiga Hari mengundang kontroversi apabila Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mencadangkan pasangan itu merujuk kepada jabatan agama Islam untuk mengetahui status terkini pernikahan mereka.

Dalam filem arahan Afdlin Shauki itu, Rashidi memegang watak Zaffrin atau Afin sementara isterinya yang turut berlakon filem itu memegang watak Uji.

Afdlin turut berlakon memegang watak Armi.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul itu, Afdlin berkata, sesiapa sahaja yang menonton filem tersebut dari awal hingga akhir pasti dapat memahami dengan jelas bahawa Rashidi tidak melafazkan cerai ke atas Vanidah.

Sebaliknya jelas Afdlin, lafaz ‘cerai’ itu ditujukan kepada pasangan beliau dalam filem berkenaan iaitu watak Juwita yang dilakonkan Ayu Raudhah.

"Pada pendapat saya mereka yang bercakap mengenai isu lafaz cerai Rashidi dan Vanidah ini belum lagi menonton keseluruhan filem. Saya harap mereka tidak cepat melatah dengan hanya melihat sedutan filem dan mendengar cakap-cakap orang.

"Lebih baik mereka tonton dan selidik sendiri, di mana babak lafaz cerai seperti yang heboh diperkatakan sekarang," jelasnya kepada semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular