Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 23 September 2012

Puteri Sarah tinggalkan dunia lakonan


Puteri Sarah


KUALA LUMPUR - Pelakon Puteri Sarah yang dikenali menerusi drama bersiri Asmaradana dan bakal muncul menerusi Evolusi KL Drift The Series pada 4 Oktober ini nekad mahu meninggalkan dunia lakonan untuk bekerja dalam bidang perhotelan.

Dia yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Kolej Olympia, Kuala Lumpur dan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dari Kolej Taylor, Kuala Lumpur kini sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang jawatan dalam bidang berkaitan.

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 27, atau lebih dikenali Puteri Sarah berkata, dia sudah menghantar resume kepada beberapa buah hotel bertaraf lima bintang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan ijazah yang diraihnya.

Bukan disebabkan merajuk atau kurang menerima tawaran berlakon, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie ini menganggap keputusannya untuk bersara daripada bidang lakonan adalah bagi memenuhi impian kedua-dua ibu bapanya.

“Malah jika fikir balik, baik juga saya bekerja macam orang biasa (bukan artis), ada jaminan masa depan dan kewangan. Sampai bila saya hendak berlakon dengan meraih pendapatan yang tidak tetap,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran Evolusi KL Drift The Series di Kuala Lumpur baru-baru ini

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular