Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 14 September 2012

Ribuan sambut Putera William, Kate di KLCC


ORANG ramai berebut-rebut untuk bersalaman dan mengambil gambar Putera William dan Kate Middleton di Taman KLCC, Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR - Lebih 3,000 orang membanjiri Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini semalam bagi melihat lebih dekat pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton.

Pasangan diraja itu yang tiba pada pukul 10.30 pagi disambut orang ramai yang berkumpul seawal pukul 8 pagi sambil mengibarkan bendera Malaysia dan Britain.

Ketibaan mereka disambut dengan paluan gendang dan tarian kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta dipersembahkan dengan alunan alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum iaitu gambus, kulintangan, sape dan sitar.

Terdahulu, tetamu diraja itu melawat Masjid Asy-Syakirin, KLCC dan disambut oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Kate yang mengenakan selendang putih bersama suaminya menandatangani buku pelawat sebelum dibawa melawat ruang dalam masjid.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular