Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 4 September 2012

Ugut RM20,000 atau sebar foto bogel kekasih

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam ketakutan apabila bekas teman lelakinya mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya jika dia gagal membayar RM20,000 dalam tempoh terdekat ini.

Teman lelaki itu menuntut bayaran tersebut sebagai habuan untuk dia menghentikan tindakannya itu.

Mangsa yang berusia 29, berkata, gambar bogelnya yang diambil ketika mandi tanpa disedari itu dihantar oleh lelaki berkenaan melalui laman sosial Facebook minggu lalu.

“Dia meminta saya membayar RM60,000 untuk menyelesaikan perkara tersebut namun disebabkan saya tidak mempunyai wang yang mencukupi, dia kemudiannya mengurangkan permintaannya kepada RM40,000.

“Saya memberitahunya bahawa saya masih tidak mampu membayar wang tersebut, akhirnya dia meminta saya membayar RM20,000 sahaja tetapi dengan syarat saya perlu menghantar tiga keping gambar bogel saya yang lain,” katanya.

Dia mengenali lelaki tersebut dua tahun lalu sebelum menjalin hubungan dengannya selama empat bulan namun disebabkan lelaki berusia 31 tahun itu sering bertindak ganas, mereka telah berpisah pada awal tahun ini.

“Bagaimanapun, saya tidak sangka dia sanggup berbuat demikian malah turut mengugut akan menghantar gambar bogel tersebut kepada mana-mana bakal suami apabila saya berkahwin kelak, selain meminta wang sebanyak RM120,000.

“Kini hidup saya tidak tenteram dan dalam ketakutan serta tertekan setiap hari. Saya mohon pihak polis mengambil tindakan segera ke atas lelaki itu kerana tindakannya akan memusnahkan kehidupan saya,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul sejurus kejadian tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular