Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 2 November 2012

A Aida mahu dedahkan punca cerai


KUALA LUMPUR – Penerbit dan pelakon, A Aida bersedia mendedahkan punca sebenar mengapa dia menuntut cerai daripada suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman, 44, pada prosiding perbicaraan kes yang dijadual bermula 26 November depan.

Penerbit drama Halimah Jongang itu menyatakan kesediaannya itu kepada media selepas memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat di Jabatan Logistik Bukit Aman di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Permohonan itu dikemukakannya mengikut Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1984 selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan sebelum ini gagal menemui kata sepakat kerana tidak setuju dengan beberapa syarat yang dibuat suaminya. Aida berkata, dia tidak mahu membuka pekung di dada, namun suaminya memaksa dia berbuat begitu.

“Pada prosiding berikutnya saya bersedia mendedahkan sebab-sebab mengapa saya mahu bercerai,” katanya.

Aida hadir ke Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini ditemani seorang rakan memfailkan permohonan fasakh tersebut pada pukul 11.45 pagi semalam.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, sebelum ini memfailkan permohonan secara baik di bawah Seksyen 47 akta sama pada 27 September lalu, namun menarik balik permohonan tersebut pada 18 Oktober selepas tidak bersetuju dengan syarat syarat yang dikemukakan Suffian.

Hasil perkahwinan selama lima tahun, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rahul yang kini berusia empat tahun.

Menurutnya, dia juga membuat permohonan Sulh mengenai hak penjagaan anak dan suaminya juga telah bersetuju.

“Saya kini menunggu draf-draf daripada mahkamah untuk menyelesaikan isu penjagaan ini pada 22 November nanti,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular