Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 2 November 2012

Presiden Seniman nafi Kuswadinata meninggal dunia


Rais Yatim menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan Artis Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Kuswadinata, hari ini.


KUALA LUMPUR - MENGARUT!" Demikian reaksi Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi berhubung khabar angin kononnya pelakon veteran, Kuswadinata telah meninggal dunia hari ini.

Katanya, khabar angin yang mengatakan Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswasi Bujang, 74, meninggal dunia tidak benar sama sekali.

"Tak, mengarut saja. Itu sama macam khabar angin terhadap artis yang lepas," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Maklumat kononnya  Kuswadinata meninggal dunia tersebar lewat petang ini.

Terdahulu, laporan Bernama menyebut bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menziarahi Kuswadinata dan menyampaikan sumbangan RM10,000 daripada Tabung Kebajikan Artis kementerian.

Pelakon veteran itu kini terlantar sakit akibat kanser usus.

Kuswadinata turut menerima sumbangan RM2,000 daripada Yayasan Artis 1Malaysia yang disampaikan Setiausaha Agung yayasan itu Datuk Malek Radzuan.

Rais meluangkan masa kira-kira 45 minit mengunjungi Kuswadinata yang sebak

dan menitiskan air mata menerima lawatan menteri itu di rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang dekat Kuala Lumpur.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular