Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 4 November 2012

Dibuli, nyanyi lagu anak kampung


Rakaman video yang menunjukkan mangsa diherdik pegawai atasan.

JOHOR BAHRU - Seorang pengawal keselamatan mendakwa dibuli ala budak sekolah oleh dua pegawai atasannya apabila diarah berdiri di atas kerusi, sebelum diminta menyanyikan lagu Negaraku dan Anak Kampung, kerana kesalahan tidur ketika bertugas.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah hospital awam, di sini pada 23 Oktober lalu dan aksi buli itu dirakam menerusi telefon bimbit seorang daripada dua pegawai terbabit. Rakaman itu disebarkan menerusi Khidmat Pesanan Multimedia (MMS) kepada pengawal keselamatan syarikat yang sama kononnya sebagai pengajaran supaya mereka lebih berdisiplin.

“Apa yang mereka lakukan mengaibkan saya. Saya boleh terima teguran, tetapi mengapa mereka bertindak melampau dan merakam perbuatan itu sebelum berkongsi video berkenaan dengan orang lain.

“Saya malu. Maruah saya tercalar kerana apa yang dilakukan seolah-olah saya pelajar sekolah,” kata pengawal keselamatan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jalil, 29.

Menurutnya, kejadian itu bermula apabila seorang daripada rakan sekerjanya melihat dia merenyuk surat tunjuk sebab yang diberikan ketua mereka, pada pagi hari kejadian.

“Kira-kira jam 4.30 petang saya diarahkan masuk ke pejabat dan berjumpa dua pegawai itu. Saya ingatkan hanya diberi amaran dan tidak menjangka dibuli mereka yang turut memaki saya.

Menurutnya, pada awal pertemuan itu, kedua-dua lelaki itu memaki dan mengherdik sebelum mengajaknya bergaduh kerana tak berpuas hati tindakan dia merenyuk surat yang menyatakan dia mengingkari arahan. “Saya hanya mendiamkan diri kerana takut dan pada masa sama, mereka menyatakan saya dihukum kerana terlena ketika bertugas.

“Sebelum ini, saya pernah bertugas lebih empat tahun di sebuah jabatan kerajaan di Pahang, sebelum dipindahkan ke sini, tidak pernah mempunyai masalah disiplin atau dihukum sedemikian di tempat kerja lama,” katanya.

Jalil berkata, selain diarah berdiri di atas kerusi selama 10 minit dia juga disuruh menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat.

Katanya, walaupun ada pihak beranggapan hukuman luar biasa dijatuhkan kepadanya itu bertujuan mendisiplinkannya, dia kesal apabila apabila kejadian itu dirakam dan video disebarkan.

Berikutan itu, Jalil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular