Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 8 Jun 2011

Cabul gadis dalam wad hospital





AYER KEROH - Seorang warga emas dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini semalam selepas mengaku bersalah mencabul kanak-kanak lembam di dalam wad Hospital Melaka, Januari lalu.

Tertuduh, Muhammad Rapi Ong Abdullah, 58, dari Semabok, di sini terdahulu menukar pengakuan bersalah terhadap pertudu-han kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi.

Dia dijatuhkan hukuman oleh Majsitret Azhar Arif Mohamad selepas menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh seorang pekerja kontrak didapati menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak berusia 13 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa di wad Hospital Melaka kira-kira 4.30 petang, 21 Januari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau sebatan, atau dengan mana-mana daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon hukuman ringan dengan alasan sudah insaf dengan perbuatan dilakukannya.

Majistret Azhar Arif Mohamad kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Januari lalu.

Mengikut fakta kes, kira-kira 10 pagi, 22 Januari lalu, ibu angkat mangsa diminta hadir ke hospital oleh doktor yang merawat mangsa.

Doktor berkenaan memaklumkan bahawa mangsa dilawati seorang lelaki yang mengambil kesempatan mencabul dengan memegang tubuh mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sebelum menciumnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular