Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 8 Jun 2011

Rogol gadis bawah umur dalam kereta




AYER KEROH - Seorang remaja dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini semalam kerana merogol seorang perempuan bawah umur di dalam kereta, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Fazrin Zahari, 21, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap kesalahan itu selepas menggangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zaharah Hussain.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati merogol seorang perempuan berusia 13 tahun di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah di tepi jalan Kampung Sungai Tuang, Kuala Sungai baru, Masjid Tanah, Alor Gajah.

Tertuduh dari Durian Daun, Alor Gajah dekat sini melakukan kesalahan itu antara jam 9 dan 9.30 malam, 30 Mei 2011.

Dia didakwa mengikut Sesyen 376 Kanun keseksaan yang boleh dihukum penjara dari lima hingga 20 tahun dan boleh disebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat ketika pendakwaan menawarkan kepada mahkamah wang jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh.

Zaharah kemudian membenarkan jaminan wang terhadap tertuduh sebanyak RM6,000 dan turut menetapkan 6 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular