Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 20 Jun 2011

Halimah saran amah di Singapura diberi rehat sehari

Cik Halimah Yacob





SINGAPURA - Singapura perlu menimbangkan kemungkinan mewajibkan para majikan memberi pembantu rumah mereka satu hari berehat dalam minggu.

Memberikan saranan itu, Menteri Negara (Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan), Cik Halimah Yacob, berkata pembantu rumah juga sama seperti pekerja lain, lantas mereka juga perlu berehat.

Bahkan, mereka harus diberi hak dan layanan seperti pekerja lain, ujar beliau ketika diminta mengulas tentang langkah Singapura tidak menyertai satu konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) baru-baru ini.

Konvensyen bagi Pekerja Domestik itu telah diterima dalam sidang ke-100 ILO di Geneva Selasa lalu, tetapi Singapura dan Britain meminta dikecualikan.

Ia bertujuan memberi pembantu rumah sekitaran kerja lebih baik dan hak sama seperti pekerja lain.

Antara peruntukan konvensyen itu ialah memberi mereka hari berehat setiap minggu tetapi di Singapura majikan tidak diwajibkan berbuat demikian.

'Sejak sekian lama, pekerja domestik diberi layanan berbeza daripada pekerja lain. Jadi saya harap hal ini merupakan satu perkara yang sekurang-kurangnya kami boleh teliti. Kami boleh menimbangkan kemungkinan mewajibkan hari berehat setiap minggu,' ujar beliau ketika ditemui pihak media di Festival Sukan Masyarakat@South West di Politeknik Singapura (SP) semalam.

Bagaimanapun, Cik Halimah, yang pernah menjadi jurucakap kumpulan perwakilan pekerja sidang ILO 2010, menegaskan bahawa peraturan hari berehat itu sukar dilaksanakan di sini, lebih-lebih lagi bagi para majikan yang mempunyai anak kecil, anggota keluarga sakit dan lanjut usia

Oleh itu huraian alternatif seperti mengambil pembantu sambilan untuk menggantikan amah tidak bekerja semasa hari berehat boleh dilaksanakan.

Malah pembantu rumah juga boleh diberi pilihan sama ada ingin mengambil hari rehat ataupun menerima gaji tambahan sebagai ganti.

Menjelaskan sebab Singapura tidak menyertai konvensyen itu, Cik Halimah berkata Singapura belum bersedia berbuat demikian kerana tidak mampu menuruti segala peraturan.

Beberapa peraturan masih sukar dituruti, termasuk mewajibkan hari berehat setiap minggu dan pemantauan bagi memastikan pembantu rumah bertugas dalam sekitaran selamat.

Menurutnya, pemerintah mengambil serius kewajipan-kewajipan antarabangsa berbanding negara lain yang meluluskan konvensyen-konvensyen ILO tetapi gagal melaksanakan kewajipan mereka.

Bahkan, Singapura berada di hadapan banyak negara dalam menjaga hak pekerja domestik, misalnya memperkenalkan kontrak bagi mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular