Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 17 Jun 2011

Lelaki 4 Isteri, rogol gadis 11 tahun di jel...




KUANTAN - Seorang buruh kasar beristeri empat dan bapa kepada 15 anak dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana merogol kanak-kanak berusia 11 tahun, bulan lalu.

Lelaki berusia 45 tahun itu mengaku merogol anak jirannya pada kira-kira jam 2.30 petang, 26 Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, dia mempelawa mangsa yang pulang dari sekolah menaiki motosikal dengan alasan mahu menghantarnya pulang.

Dia, bagaimanapun, membawa mangsa ke dalam semak berhampiran jambatan di Kampung Seri Damai dan merogol mangsa.

Dia kemudian memberi mangsa wang untuk menutup rahsia perbuatannya itu.

Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading pada 8 Jun lalu.

Lelaki itu merayu kepada Hakim Nuradidah Ahmad supaya hukuman ke atasnya diringankan dan berjanji sudah insaf atas perbuatannya itu.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Amer Abu Bakar Abdullah itu, manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular