Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 Jun 2011

Mayat dua beradik perempuan lemas ditemui





KUALA KRAI- Mayat dua beradik perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras ketika berkelah di Sungai Lebir, Kampung Manjor, Laloh dekat sini Khamis lalu, ditemui masing-masing semalam dan hari ini.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bahagian Operasi Kelantan, Sahrin Yusma berkata mayat pertama, Siti Nur Fatin Izzati Azami, ditemui tersangkut di dahan pokok jam 5 petang semalam oleh skuad penyelam Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, kira-kira satu kilometer dari tempat kedua-dua beradik itu dilaporkan lemas.

Beliau berkata, pasukan penyelamat menyambung operasi mencari dan menyelamat mangsa kedua, Siti Nurrul Amirah Azami, iaitu kakak Siti Nur Fatin Izzati, seawal jam 6.30 pagi di kawasan pencarian yang lebih luas iaitu kira-kira lima kilometer dari tempat kedua-dua mangsa dilaporkan tenggelam.

"Selepas satu jam, kira-kira pukul 7.30 pagi tadi, pihak kita akhirnya berjaya menemui mayat Siti Nurrul Amirah tersangkut di ranting kayu kira-kira 300 meter dari lokasi mayat adiknya ditemui semalam," katanya di sini.

Beliau berkata, mayat Siti Nurrul Amirah kemudian dihantar ke Hospital Kuala Krai HKK) untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian itu, Siti Nurrul Amirah, 16, dan adiknya, Siti Nur Fatin Izzati, 14, iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh bersama seorang abang mereka, Abdul Nabiyuhrahim, 18, dan abang ipar, Mohd Zulhilmi Mohd Yahya, 27, sedang berkelah di sungai yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka di Kampung Manjor.

Ia berlaku selepas mereka berempat sedang mandi sebelum Abdul Nabiyuhrahim dan Mohd Zulhilmi naik ke tebing sungai untuk menjawab panggilan telefon dan makan lalu melihat kedua-dua beradik berkenaan terkapai-kapai di dalam sungai sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular