Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 10 Jun 2011

Tak sempat naik pelamin




SERDANG – “Saya tak sangka arwah yang sering bertanya apa akan berlaku sekiranya dia meninggal dunia menjadi nyata selepas terkorban dalam satu kemalangan pagi tadi (semalam),” kata Nor Afiqah Atan, 21, tunang kepada mangsa kemalangan di kilometer 16.3 Lebuhraya Mex, pagi semalam.

Mangsa, Mohd Hairin Mazlan, 24, yang dijadual melangsungkan perkahwinan 2 Julai depan disahkan maut akibat kecederaan parah di kepala apabila motosikal ditungganginya dikatakan gagal dikawal sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan dan tercampak hampir 50 meter di atas jalan.

Nor Afiqah berkata, dia tidak menduga sama sekali arwah akan meninggalkannya sebelum sempat melangsungkan perkahwinan meskipun semua kelengkapan sudah disiapkan.

“Memang sedih sangat terima berita kematiannya, namun saya pasrah dengan takdir yang menimpa,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang, petang semalam.

Katanya, arwah berubah menjadi pendiam dan banyak bercerita mengenai kematian kebelakangan ini. Malah, dia sering bertanya bagaimana sekiranya tiada kawan-kawan yang mengangkat mayatnya nanti.

Sementara itu, ibu angkat mangsa Hamidah Husin, 45, berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang kelainan kecuali suka mendiamkan diri kebelakangan ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular