Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 8 Jun 2011

Waspada penipuan guna nama polis Hong Kong dan Bank Negara




MELAKA - Polis Melaka meminta orang ramai berhati-hati terhadap sindiket penipuan yang menggunakan nama polis Hong Kong dan Bank Negara Malaysia untuk memerangkap mangsa mereka kononnya terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Ketua Polis Melaka SAC Datuk Chuah Gee Lye berkata modus operandi sindiket itu ialah dengan menelefon mangsanya dengan mendakwa mereka adalah pegawai polis Bukit Aman dengan alasan identiti mangsa telah digunakan di luar negara dalam kes itu.

Ini berikutan dua kes yang dilaporkan di negeri ini melibatkan sindiket dengan modus operandi yang sama. Bagaimanapun setakat ini tiada kerugian dilaporkan kerana mangsa terbabit tidak mengendahkan arahan sindiket tersebut.

Dalam kes itu, mangsa diminta menghubungi polis Hong Kong melalui nombor yang diberi oleh suspek dan apabila menghubungi polis Hong Kong itu, mereka memaklumkan telah menghubungi Bank Negara Malaysia, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Chuah berkata tidak lama kemudian, seorang pegawai yang kononnya dari Bank Negara akan menghubungi mangsa dan mengesahkan akaunnya telah digunakan untuk aktiviti pengubahan wang haram dan meminta mangsa memindahkan wang mereka ke dalam akaun yang diarahkan sekiranya tidak mahu ia dibekukan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular