Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 12 Mac 2010

UPP tahan 10 pendatang

(Foto hiasan)


KANGAR (Malaysia) : Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis menahan 10 pendatang asing ketika sedang leka bekerja di tapak pembinaan sebuah sekolah di Simpang Empat, dekat sini, semalam.

Komander UPP Chuping, Asisten Superintendan Md Fawzie Aris, berkata semua pendatang ditahan itu berusia 19 hingga 50 tahun membabitkan warga Myanmar, Bangladesh dan Indonesia.

"Mereka dipercayai memasuki negara ini sejak tiga tahun lalu sebelum bekerja di tapak pembinaan sekolah itu sejak lima bulan lalu. “ Mereka sering berpindah ke lokasi berlainan berdasarkan keperluan pekerjaan mengikut arahan ejen.

"Lima daripada mereka adalah warga Myanmar, empat Bangladesh manakala seorang lagi dari Indonesia dan ditahan tanpa sebarang dokumen perjalanan dan permit kerja sah," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, sepasukan anggota UPP diketuai Inspektor Azizan Saman, menyerbu tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan Padang Keria, Simpang Empat dan menahan pendatang terbabit kira-kira jam 11.20 pagi.

Katanya, pendatang itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan akan didakwa mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen.
"Sehingga Mac tahun ini, UPP Kuala Perlis sudah menahan 23 warga asing kerana bekerja secara haram sebagai buruh binaan hasil intipan dan maklumat awam," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular