Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 21 Februari 2011

Calon pro-M UM ditemui semula di Bangi

MASTURA didakwa hilang secara tiba-tiba selepas berkempen kelmarin.



KUALA LUMPUR:-- Calon pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) Masturah Abu Bakar, 22, yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu ditemui selamat di sebuah masjid di Bangi, awal pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata, calon pro-Mahasiswa itu ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira pukul 1.30 pagi ini oleh saudara-maranya yang menjalankan gerakan mencari mangsa sejak Sabtu lepas.

Bagiamanpun, katanya, pelajar dan anggota keluarganya setakat ini masih belum memberikan keterangan kepada polis berhubung kehilangan pelajar itu.

"Setakat ini mereka masih belum memberi kerjasama kepada kita. Keterangan itu penting untuk kita mengetahui apa sebenarnya berlaku dan sebab apa dia hilang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.

Masturah sebelum ini dilaporkan hilang ketika berkempen di Blok E, Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM pada kira-kira pukul 5 petang Sabtu lepas. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular