Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 21 Februari 2011

Isu mazhab Syiah sukar diselesaikan

Pertubuhan Al-Arqam di haramkan di Malaysia



PORT DICKSON: Pemerhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendapati isu berkaitan pengikut mazhab Syiah di negara ini merangkumi kes sedia ada menghadapi kesukaran untuk diselesaikan.

Ia berikutan mereka mendakwa hak asasi dicabul akibat tidak dapat menunaikan ibadat mengikut acuan mazhab itu kerana majoriti umat Islam di negara ini berfahaman mazhab Syafie.


Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengikut mazhab itu dan meneliti kes berkenaan.

“Mengikut aduan itu, jabatan agama didakwa menghalang pengikut Syiah daripada melakukan solat dan wirid mengikut kepercayaan mereka. Namun, bagi pihak bertentangan, mereka memaklumkan hanya menjalankan tugas. “Ia sekali gus menyebabkan berlaku isu bertentangan dan memerlukan kajian secara menyeluruh,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Program Bengkel Khas ‘Cabaran dan Peranan Polis Dalam Menangani Kes Pencabulan Hak Asasi Manusia’ di sini, semalam. Hadir sama Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh dan semua ketua balai polis seluruh negeri ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular