Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 21 Februari 2011

Simpan RM1,000 menang hadiah

PENYIMPAN SSP yang memiliki nilai tabungan yang kecil kini berpeluang memenangi kereta mewah melalui cabutan khas yang diadakan lima kali pada tahun ini. - Foto hiasan



KUALA LUMPUR - Pemegang Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) dinasihatkan supaya menambah jumlah simpanan mereka sehingga sekurang-kurangnya RM1,000 untuk melayakkan mereka memenangi pelbagai hadiah menarik seperti kereta BMW 523i dan Mercedes Benz E200 CGI.

Peluang keemasan ini ditawarkan melalui Cabutan Khas SSP Jaminan Masa Depan yang dikhususkan bagi semua pemegang produk simpanan itu yang mempunyai jumlah tabungan RM1,000 dan ke atas sebelum cabutan dibuat.

Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Perbankan Cawangan BSN, Azaddin Ngah Tasir berkata, cabutan itu akan diadakan sebanyak lima kali pada tahun ini iaitu pada bulan April, Mei, Jun, Oktober dan November.

"Hadiah yang ditawarkan pula merupakan sebuah kereta BMW 523i atau Mercedes Benz E200 CGI (bersilih ganti), tiga buah Proton Inspira dan lima buah Perodua Myvi untuk setiap cabutan," katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan di Wisma BSN di sini semalam.

Menurut Azaddin, pihaknya memperkenalkan cabutan khas itu bagi menggalakkan pemegang-pemegang SSP menambah jumlah simpanan masing-masing.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular