Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 9 Februari 2011

Jerut guru, pengawal kena 9 bulan

( Foto hiasan )



BANDAR SERI BEGAWAN:-- Seorang pengawal keselamatan Setia Protective Services (SPSS), Mohamad Zuhairie Yunos yang menjerut leher seorang guru Jerudong International School (JIS) dengan wayar komputer pada bulan puasa tahun lalu, hari ini dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan.

Hakim Mahkamah Tinggi mengatakan serangan itu hampir membawa maut ke atas guru perempuan itu yang sepatutnya merasa selamat dengan kehadiran pengawal keselamatan.

Hukuman dikenakan berdasarkan rekod bersih defendan yang telah mengubah rayuannya kepada bersalah bagi kesalahan pertama.

Defendan sebelumnya mengubah permohonan rayuannya daripada menafikan kepada mengakui secara tidak sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Michele Marie Monger, 28, dengan menggunakan seutas wayar yang boleh menyebabkan kematian pada 22 Ogos 2010 di perkarangan sekolah.

Defendan juga menafikan tuduhan kedua secara sengaja mendatangkan kecederaan teruk ke atas mangsa namun didapati bersalah semasa perbicaraan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular