Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 17 Februari 2011

Lebih banyak tol turun

SUASANA gembira di Plaza Tol PJS 2 di Lebuh Raya Baru Pantai, Petaling Jaya. Seorang pengguna menunjukkan isyarat bagus selepas kadar tol di situ dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1 semalam.



KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor membayangkan lebih banyak syarikat konsesi akan mengumumkan pengurangan kadar tol tidak lama lagi.

Beliau memberitahu, langkah ke arah pengurangan kadar tol itu sedang dibincangkan antara Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan syarikat-syarikat pemegang konsesi.

“Ada (syarikat konsesi) yang datang untuk bincang (bagi mengurangkan kadar tol).

“Tapi kita tak boleh umum sekarang sebab peringkat ini macam baru ‘bertunang’, kalau dah jadi ‘kahwin’ baru boleh umum (pengurangan kadar tol),” katanya kepada pemberita semasa melawat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini semalam.

Beliau mengulas pengumuman pengurangan kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) daripada RM1.60 kepada RM1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Najib pada 28 Januari lalu telah meminta para pemegang konsesi tol mengkaji semula struktur tol bagi konsesi sebagai langkah membantu memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular