Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 16 Februari 2011

Malaysia bantah Indonesia gugur acara utama

NDONESIA membuat keputusan menggugurkan acara lumba basikal trek pada Sukan SEA 2011.



KUALA LUMPUR:-MALAYSIA akan membantah tindakan hos Sukan SEA 2011, Indonesia yang membuat keputusan menggugurkan beberapa acara utama.

Demikian jelas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi semalam.

Menurut Kok Chi, Malaysia akan menyertai Singapura dan Laos untuk mengemukakan bantahan tersebut yang turut tidak bersetuju dengan tindakan Indonesia menggugurkan beberapa acara tetap selain mengurangkan bilangan acara pada Sukan SEA ke-26 di republik itu penghujung tahun ini.

Kok Chi berkata, banyak persatuan sukan tempatan mahukan MOM memprotes tindakan Indonesia itu yang disifatkan akan menjadikan temasya di kalangan negara ASEAN itu menjadi acara sukaneka.

Bagaimanapun, keputusan sama ada akan membuat bantahan rasmi atau tidak akan diketahui pada mesyuarat Ahli Majlis MOM, Sabtu ini.

“MOM sendiri telah menghantar e-mel dua hari lepas kepada penganjur Sukan SEA 2011, Indonesia berkenaan pengguguran jenis dan acara sukan yang dilihat akan menguntungkan tuan rumah.

“Saya mendapat tahu, rakan sejawatan dari Singapura dan Laos turut menghantar e-mel kepada penganjur berhubung rasa tidak puas hati negara masing-masing,” katanya.

Beberapa persatuan tempatan yang dihubungi semalam melahirkan rasa kurang senang terhadap tindakan Indonesia itu dan mahu MOM bertindak tegas.

Indonesia yang akan menganjurkan temasya di Jakarta dan Palembang dari 11 hingga 25 November depan bukan sahaja mengugurkan acara tetap termasuk biliard dan snuker serta bola sepak wanita malah mengurangkan bilangan acara dalam sukan lain seperti acara menembak, lumba basikal dan pelayaran dan hanya bercadang mengadakan 43 jenis sukan dan 542 acara pada kejohanan itu.

Acara menembak, contohnya, sebelum ini menawarkan 36 acara tetapi Indonesia hanya mempertandingkan sembilan acara sementara acara berbasikal trek langsung digugurkan.

Kok Chi berkata, keputusan mesyuarat ahli majlis akan dibawa oleh tiga wakil MOM ke mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Bali pada 25 Februari ini.

“MOM akan diwakili oleh tiga naib presidennya, Prof. Datuk W.Y Chin, Prof. Datuk Zakaria Ahmad dan Datuk A. Sani Karim,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular