Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 1 Februari 2011

Peniaga kita kena himpit

Penduduk menggesa MPKj kenal pasti sama ada peniaga ada lesen atau tidak.


KAJANG: Mengejutkan. Tapi itulah kenyataannya apabila tujuh daripada 12 lot kedai di Taman Sri Indah, Balakong, dekat sini, yang disediakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diusahakan warga asing.

Sebahagian daripada mereka sudah mengumpul kekayaan dengan memiliki kenderaan sendiri dan rumah yang selesa sedangkan pada masa sama ramai di kalangan penduduk tempatan terpaksa bertarung dengan pelbagai kesukaran untuk mendapatkan sesuap nasi.

Kelibat warga asing kelihatan di mana-mana, malah mereka memonopoli ruang niaga terutama pada waktu tengah hari seolah-olah berada di negara mereka.

Tinjauan Metroplus di kawasan itu mendapati, medan selera berkenaan dipenuhi warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Pakistan.

Ada di antara mereka menjalankan perniagaan kedai menjual makanan dan minuman manakala di satu sudut lain kelihatan peniaga runcit warga Myanmar turut menjual sirih yang mengakibatkan kawasan persekitaran di situ kotor dan tidak terurus.

Difahamkan, mereka turut menjadikan flat berhampiran sebagai kawasan berkumpul kerana majoriti penduduk yang tinggal di situ adalah pendatang dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan rakyat tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk di situ, Abdul Hamid Yussof berkata, pendatang asing mula memenuhi kawasan medan selera itu sejak lapan tahun lalu dan jumlah itu semakin bertambah dari hari ke hari sehingga menimbulkan keresahan penduduk tempatan.

“Peniaga di sini juga sering merungut kerana terpaksa bersaing dengan peniaga luar berkenaan yang mempunyai pelanggan kerana beberapa kilang yang beroperasi di kawasan berhampiran turut menggaji pekerja warga asing yang setiap hari memenuhi medan selera itu.

“Keadaan ini menyebabkan warga tempatan berasa rimas untuk berkunjung ke sini dan itu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan peniaga kerana kekurangan pelanggan,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular