Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 17 Februari 2011

“Sasuke” tarikan sambutan Hari Belia Malaysia

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek



PUTRAJAYA –Program realiti televisyen di Jepun, Sasuke akan menjadi antara tarikan utama pada sambutan Hari Belia Negara peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di sini selama tiga hari mulai 27 Mei depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ini kerana Sasuke edisi Malaysia, dikenali sebagai Jaguh Malaysia adalah antara lebih 200 acara yang akan diadakan pada sambutan tersebut.

"Permainan yang mendapat liputan meluas dalam program televisyen di Jepun itu akan menjadi antara sukan ekstrem yang dijangka mendapat sambutan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan penganjur acara (swasta dan pertubuhan bukan kerajaan) bagi sambutan tersebut, di sini hari ini.

Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan seramai sejuta belia akan hadir pada sambutan tersebut yang dibuat dalam skala besar melibatkan lebih 200 aktiviti berbanding 88 aktiviti tahun lalu.

Shabery berkata, penganjuran acara sedemikian akan membolehkan Malaysia lebih dikenali di mata dunia berikutan ia akan mendapat liputan oleh stesen televisyen di Jepun. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular