Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 1 Februari 2011

Sultan Johor berkenan lawat mangsa banjir Johor

Keadaan banjir di Labis, Johor



JOHOR BAHARU: Banjir yang melanda negeri ini mendapat perhatian dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang berkenan melawat mangsa bencana itu di dua pusat pemindahan di Senai, dekat sini hari ini.

Sultan Ibrahim tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai yang menempatkan 387 mangsa melibatkan 83 keluarga dari Kampung Sepakat Baru, Senai, kira-kira jam 11.30 pagi.

Dalam lawatan singkat itu, baginda sempat beramah mesra dengan mangsa yang Dipindahkan ke sekolah itu sejak tiga hari lalu.

Baginda kemudian berangkat ke Dewan Raya Taman Senai Utama yang menjadi pusat pemindahan mangsa banjir dari Kampung Pasir dan Kampung Sri Maju, Senai.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim Dewan Undangan Negeri Senai,Tay Chin Hien menyifatkan lawatan Sultan Johor hari ini melambangkan keprihatinan baginda terhadap nasib dan keadaan rakyat di negeri ini.

"Walaupun dalam suasana ditimpa bencana banjir pada ketika ini, namun kehadiran baginda sedikit-sebanyak membawa keceriaan kepada mangsa-mangsa banjir di sini," katanya.
Tay berkata, lawatan itu juga mencerminkan sifat baginda sebagai sultan berjiwa rakyat yang sanggup bersama-sama merasai kesusahan yang dialami rakyat.

Banjir yang melanda Johor sehingga kini mengakibatkan lebih 40,000 mangsa berada di pusat pemindahan di seluruh negeri.

Bencana itu setakat kini meragut nyawa dua wanita dalam kejadian di Segamat dan Kulaijaya pada Ahad lalu. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular