Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 17 Februari 2011

Tun Mahathir setuju cadangan tempoh perkhidmatan PM lapan tahun




KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau bersetuju cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.

Beliau berkata, cadangan tersebut boleh dipertimbangkan dan sekiranya seseorang itu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak melakukan perkara yang memberi kesan buruk kepada negara, maka beliau wajar diberikan peluang untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.

"Kalau kita menghadkan tempoh kuasa contohnya satu penggal, ia tidak akan membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang," katanya.
Tun Mahathir, yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, berkata demikian pada sesi soal jawab di forum Cabaran Semasa Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan supaya seseorang yang menjawat jawatan Perdana Menteri dihadkan selama lapan tahun saja.

Katanya, tempoh itu relevan kerana pada kebiasaannya selepas mengambil alih tampuk pimpinan negara, seseorang itu perlu mempelajarinya terlebih dahulu.

"Tahun pertama adalah tahun mula mempelajari selok belok pemerintahan, tahun kedua pula tahun merangka dan menyusun pelbagai program, manakala tahun ketiga pula tahun untuk melaksanakan apa yang dirancang.
"Manakala tahun ke empat dah pilihan raya. Jadi mana nak sempat dia nak melakukan apa yang dirancangnya," katanya.

Tun Mahathir ketika mengulas mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata, akta tersebut adalah baik, namun jangan disalahgunakan.

"ISA bukanlah satu keperluan dan saya juga mencadangkan supaya ISA dihapuskan. Namun selepas mendapat nasihat daripada penasihat saya iaitu polis, maka ISA tidak dihapuskan," kata beliau. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular