Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 14 Februari 2011

Tunggu arahan kerajaan

SEBAHAGIAN daripada 450 pelajar Malaysia di Mesir tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang semalam.



KUALA LUMPUR - Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menghantar kembali anak mereka ke Mesir selagi tidak mendapat arahan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, walaupun suasana di Mesir dilapor semakin baik namun ia belum pulih sepenuhnya.

"Kita belum nampak Mesir pulih. Jika pulih sepenuhnya, baru nasihat akan diberikan dan selepas itu pelajar boleh pergi ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah anggota Dewan Negara di Parlimen di sini semalam.

Kerajaan setakat semalam telah membawa pulang 8,341 rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid termasuk 595 orang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular