ZULMAZRAN meraikan kejayaannya menghadiahkan pingat emas buat kontinjen negara di Sunway Mega Lane semalamKUALA LUMPUR:-- PEMAIN negara, Zulmazran Zulkilfi menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia menerusi acara perseorangan lelaki pada hari pertama Kejohanan Tenpin Boling Negara-Negara Komanwel edisi kelima semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Sunway Mega Lane itu, Zulmazran tampil dengan prestasi cukup konsis- ten apabila melakukan 1,426 jatuhan pin.
Pingat perak pula menjadi milik pemain Malta, Neil Sullivan selepas melakukan 1,393 jatuhan pin manakala pingat gangsa dimenangi Guillaume Francois dari Afrika Selatan dengan 1,384 jatuhan pin.
Bagi Zulmazran, kejayaannya mara ke pentas final dalam acara perse- orangan merupakan titik permulaan buat dirinya yang menanamkan tekad untuk menyumbangkan pingat emas buat Malaysia.
“Sepanjang tahun 2010, saya sering kali mengakhiri saingan dengan kedudukan di tempat kedua ataupun ketiga.
“Sebab itu, sebaik sahaja saya memasuki final hari ini (semalam) saya telah bertekad untuk memenangi pingat emas buat Malaysia kerana saya tidak mahu terus kecundang dengan hanya menduduki tempat kedua dan ketiga.
“Ia merupakan permulaan yang baik buat saya baik dalam kejohanan ini mahupun untuk saingan pada tahun ini.
“Namun, saya terhutang budi dengan panel pemilihan pemain dan juga jurulatih boling negara (Holloway Cheah) yang masih menaruh kepercayaan kepada saya untuk disenaraikan dalam kejohanan kali ini biarpun mengalami kecederaan pergelangan tangan pada Sukan Asia di Guangzhou, China, November tahun lalu,” kata Zulmazran.
Sementara itu, Holloway menjelas- kan, pemilihan Zulmazran dalam skuad kali ini bagi menggantikan pemenang pingat emas Sukan Asia 2010, Alex Liew merupakan strategi pasukan yang tersendiri.
“Zulmazran sebenarnya merupakan pemain utama dalam skuad boling negara ketika ini.
