Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 23 Disember 2012

4 rentung kemalangan bas-kereta di Kemaman

Empat sekeluarga (dari kiri) Sabirin Sulaiman, 50, Halina Saif @ Saib, 40, Siti Aisyah Sabirin, 14, dan Siti Khadijah Sabirin, 12, maut dalam kemalangan jalan raya.


KEMAMAN - Empat dari satu keluarga rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Kemasik di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.

Kesemua empat mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta dan tiga penumpangnya. Mereka dalam perjalanan ke arah Dungun.

Pemandu yang terbunuh dikenali sebagai Sabiren Sulaiman, 45; dari Batu Pahat, Johor; isterinya, Halina Said, 40; dan dua anak mereka Siti Khalijah, 12 dan Siti Aishah.

Mohd Sabiren merupakan seorang guru.

Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dipetik Bernama berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, keempat-empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki, mengakibatkan kereta itu terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah Kuantan menghala ke Dungun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas berkenaan.

Beliau berkata, kereta itu bertembung dengan bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan menuju ke Melaka sebelum kereta itu diseret bas ekspres kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.

"Pertembungan itu mengakibatkan kereta yang dinaiki keluarga malang itu terbakar sebelum api menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Empat beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun selepas menghantar anaknya menyertai pertandingan catur.

Beliau berkata Mohd Sabirin merupakan seorang guru bahasa Jepun dan mengajar di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah, Dungun dan keluarga itu tinggal di Jalan Tok Mudim, Batu 5 Dungun.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular