Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 4 Disember 2012

‘Ghaib’ lepas tonton perlawanan Piala Suzuki AFF

KUALA LUMPUR- “Kali terakhir Amri dilihat rakannya di luar pekarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil seorang diri dan memberitahu sedang menunggu abang ‘Ultras Malaya’ untuk pulang bersama selepas menyaksikan perlawanan Piala Suzuki AFF antara skuad Harimau Malaya dan Indonesia, malam Sabtu lalu.

“Namun, sejak malam itu, Amri tidak pulang ke rumah dan usaha menghubunginya gagal sehingga kini. Saya tidak tahu keadaan Amri sekarang,” kata Nor Zilar Mohd Nor, 51, ibu remaja lelaki berusia 14 tahun yang disyaki hilang.

Amri atau nama sebenarnya Shamreeshah Daniel adalah anak anggota polis berpangkat sarjan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Nor Zilar berkata, anak keempat daripada enam beradik itu sangat meminati bola sepak dan sering ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bersama rakan-rakannya.

“Amri tidak pernah ke stadium seorang diri dan biasanya pergi bersama beberapa rakannya. Malah, pada Sabtu lalu, saya menghantar dia dan seorang rakannya ke LRT (stesen transit aliran ringan) Taman Bahagia.

“Saya membenarkan Amri pergi stadium malam itu kerana dia mahu menyaksikan perlawanan bersama keluarga rakannya itu. Tetapi, sebaik tiba di stadium, saya dimaklumkan rakannya itu, Amri segan untuk duduk bersama mereka dan pergi ke tempat duduk lain,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular