Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 12 Disember 2012

Ustaz Don tipu jabatan?





Ustaz Don.

KUALA LUMPUR - Sejak muncul dengan program 30 Minit di TV Alhijrah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28,ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.

Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Bagaimanapun, difahamkan ada aduan daripada sumber yang mengatakan ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.

Menurut sumber itu, Ustaz Don sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir.

Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.

Kenyataan daripada pihak Ustaz Don dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza, tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.

Bagaimanapun, Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripadanya.

"Memang pada mulanya tarikh telah dipilih tetapi saya kemudiannya mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain.

"Saya cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut.

"Namun, saya tidak sedar telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan mereka tidak mendapat makluman," katanya ketika dihubungi.

Menurut Mirza, dia sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar.

Ketika dihubungi, Mirza berkata, Ustaz Don belum mengetahui kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula 'demand' dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.

"Ustaz Don masih sama seperti dulu. Dia sangat komited dengan dakwah dan tidak memikirkan mengenai bayaran.

"Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah," katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular