Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 30 Disember 2012

Siti Nurhaliza pengacara 'Siti Ooo...Som'



KUALA LUMPUR - Pernah mengacarakan program bual bicara berjudul Siti, kini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza kembali menggalas tugas itu menerusi program berbentuk permainan yang berjudul 'Siti Ooo...Som'.

Walaupun berpengalaman dalam bidang pengacaraan, namun program kali ini memiliki cabarannya yang tersendiri dan bagaimanapun ia lebih santai berbanding program lalu.

"Sudah lama saya teringin untuk mengacarakan program seperti ini kerana dalam pada masa yang sama, saya juga boleh beriadah.

"Saya bersyukur kerana impian menjadi kenyataan dan mengharapkan program ini akan dapat diterima baik oleh penonton," katanya.

Lebih menarik, Siti akan dibantu oleh pengacara dan pelawak terkenal iaitu Nabil dan Shira sepanjang program 13 episod yang bakal ditayangkan bermula Januari ini.(sh)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular