Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 3 Disember 2012

Pasangan Sabah Juara Bintang P Ramlee Kebangsaan

Faizul Misran dan Azeaini Awang Ismail di nobatkan sebagai pemenang Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Peringkat Kebangsaan Auditorium Perdana Angkasapuri-

 KUALA LUMPUR - FAIRUZ Misran, 27, dan Azeini Abang Ismail, 23, dari Sabah dinobat sebagai juara Pertandingan Akhir Bintang P. Ramlee Kebangsaan 2012.

Fairuz dan Azeini, yang menyampaikan lagu 'Hancur Badan Dikandung Tanah' dan 'Barang yang Lepas Jangan Dikenang', mengalahkan 10 lagi peserta pertandingan itu.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM30,000, set teater rumah, sijil dan trofi daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim serta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tempat kedua dimenangi pasangan Sarawak, Merazan Mechand dan Masitah Mohd Airani yang membawa pulang RM20,000 manakala peserta zon Timur M.D. Wahidul Zaman dan Sh.Fatimah Azzahraz di tempat ketiga untuk menerima RM15,000.

Kategori Persembahan Terbaik dalam pertandingan bertema 'Taman Firdausi' dimenangi peserta zon Selatan, Mohd Radhi dan Norhasima Kadir, yang membawa pulang wang tunai RM15,000.

Pertandingan dua tahun sekali anjuran RTM Sarawak dengan kerjasama kerajaan negeri itu berlangsung di Auditoriun Perdana, Angkasapuri dan disiar secara langsung melalui TV2.

Buat pertama kali, peserta dari Singapura, Brunei dan Indonesia mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Singapura diwakili Yusri Hashim dan Rabiah Hassan, Brunei oleh pasangan Awangku Shahminan Pangeran Ahmad dan Siti Noriana Munap manakala Hendri Abdul Hamid A.Pato dan Wulandri Muhd Nasir bagi Indonesia.

Turut bertanding buat pertama kali ialah dua pasangan bukan Melayu yang dicungkil bakat menerusi Karnival MyGempak-JKKN iaitu Daryll Edwin Nathaniel dan Vanesa Kumaara Kurupan serta Ng Kok Wai dan Eunice Lew Ling.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular