Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 4 Disember 2012

Safee Sali. hijrah ke Johor

JOHOR BAHRU- SELEPAS berjaya mendapatkan beberapa nama besar bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan, Johor terus bernafsu menyambar pemain berstatus bintang dengan terbaru mendapatkan khidmat penyerang sensasi negara, Safee Sali.

Kehadiran pemenang kasut emas Piala AFF edisi lalu itu menambahkan lagi senarai pemain bintang yang berjaya diikat Harimau Selatan sebelum ini, antaranya termasuklah bekas pemain Getafe, Daniel Gonzales Guiza serta Simone Del Nero.

Dalam misi untuk memenangi Piala Malaysia musim depan, Johor sebelum ini turut berjaya mendapatkan beberapa pemain bintang tempatan seperti kapten skuad negara, Safiq Rahim, Muslim Ahmad serta Aidil Zaquan Adha Abd Razak serta seorang lagi penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim ketika mengumumkan perkara itu malam tadi, berkata Safee akan beraksi secara pinjaman selama setahun selepas mendapat pelepasan kelab lamanya, Arema Indonesia.

“Kontrak Safee berkuat kuasa 1 Disember hingga 30 November 2013,” katanya yang menegaskan pihaknya sanggup hadir dari Johor semalam sejurus selepas menerima surat pelepasan rasmi dari Arema.

“Saya tidak dapat mendedahkan nilai perpindahan serta gajinya,” katanya sambil tidak menolak gaji yang diterima Safee lebih tinggi berbanding yang ditawarkan Arema.

Sebelum ini ketika di Pelita Jaya yang kemudiannya bertukar nama kepada Arema Indonesia, Safee difahamkan menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) menerusi kontrak lumayan bernilai RM2 juta selama dua tahun iaitu sehingga 2014.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular