Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 21 Disember 2012

ND Lala larang Shila komen isu peribadi

KUALA LUMPUR - Susulan cerita yang mengaitkan hal peribadi Shila Amzah dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, bapanya tampil mengeluarkan kenyataan di fanpage atas nama ‘Shylla’, semalam.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah tidak mahu Juara Asian Wave itu memberi sebarang kenyataan berhubung berita kurang sedap itu.

“Saya tidak mahu Shila memberi apa-apa ulasan buat masa ini. Saya melihat, memberi tumpuan untuk mengangkat nama baik negara adalah lebih penting dan berfaedah daripada memberi tumpuan terhadap hal yang bersifat peribadi.

“Sila beri tumpuan dan buat persiapan yang rapi untuk ke Miami, Amerika Syarikat,” katanya.

ND Lala memberitahu, Shila dicalonkan dalam dua kategori persaingan World Music Awards 2012 iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012 yang bersaing dengan penyanyi antarabangsa lain seperti Beyonce, Jennifer Lopez, Jason Mraz dan Jay Chou.

“Ini merupakan sejarah dan pengiktirafan bagi negara dan industri muzik kita di mata dunia,” katanya.

Dalam pada itu, ND Lala berpendapat perkongsian hal peribadi adalah tidak wajar.

Pada malam Anugerah Planet Muzik 2012 itu, Shila sempat bergurau mengatakan Sharnaaz merajuk berikutan dirinya berduet dengan penyanyi Singapura, Taufik Batisah.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular