Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 11 Disember 2012

'Kami tetap pelihara anak sulong ...' Siti Nursyuhadah


Omar dan Isteri, Siti Nursyuhadah mengemas tempat tinggal mereka di Surau Al-Mujib.

KUALA LUMPUR - “Kami akan jaga bayi bakal lahir ini kerana dia zuriat pertama kami, walaupun ada orang yang tawarkan diri untuk menjaganya selepas bersalin.

“Ramai orang hubungi saya, ada juga menelefon dari Terengganu semata-mata memujuk kami serahkan anak kepada mereka, tetapi kami tidak rela berpisah dengannya,” kata Siti Nursyuhadah Syed Hasyim, 19, bakal ibu muda yang menumpang teduh bersama suami di surau Perumahan Awam Sri Johor, di sini.

Menurutnya, dia dan suami, Omar Bashri, 36, tidak akan menyerahkan anaknya kepada mana-mana pasangan dan bertekad membesarkan sendiri zuriat yang dijangka lahir 28 Disember ini.

Syuhadah berkata, dia semakin gembira apabila banyak pihak tampil membantu selepas kisah penderitaannya dengan suami tersiar di media  Isnin lalu.

Katanya, antara bantuan yang diterima daripada orang ramai ialah barangan bayi dan makanan untuk mereka meneruskan kehidupan, selain sokongan moral.

“Ada yang datang bawa lampin pakai buang, malah kami menerima kunjungan daripada pasangan yang tidak memiliki cahaya mata dari Shah Alam memberi pakaian bayi untuk anak bakal lahir ini.

“Hari ini (semalam) pula, kami terima lawatan daripada Baitulmal untuk membantu dari segi kewangan. Saya rasa gembira dan tidak risau apabila anak kami lahir ke dunia nanti,” katanya selepas menerima kunjungan Skuad Jejak Asnaf (SJA) diketuai Penolong Pengurus Kanan Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Faridilatras Abd Rahman.

Faridilatras berkata, selain tawaran bantuan bayaran sewa rumah selama setahun ditanggung Baitulmal, bahagian itu juga menawarkan pasangan berkenaan bantuan kewangan RM400 sebulan dalam masa terdekat sebaik urusan dokumentasi selesai.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular