Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 10 Disember 2012

Datuk R di Facebook berjaya diberkas





JOHOR BAHRU - Lelaki menyamar sebagai Datuk R bagi menipu orang ramai melalui facebook dan diburu polis sejak lebih setahun lalu, dicekup di sebuah hotel bajet di Taman Tampoi Utama, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Asisten Komisioner Rosman Omar berkata, lelaki yang menggunakan nama Datuk R berusia 37 tahun itu memberi kerjasama ketika ditahan dan tidak cuba melarikan diri.

Katanya, polis menerima beberapa aduan daripada mangsa lelaki itu di beberapa balai polis sekitar bandar raya ini, kononnya lelaki itu yang menggunakan nama Datuk R serta nama sebenarnya menjejak rakan lama sejak 25 tahun lalu menggunakan facebook sebelum mengikis wang mangsa lebih RM100,000 sejak dua tahun lalu.

Menurut Rosman, pihaknya belum pasti sama ada lelaki itu memalsukan identiti dalam kes lain memandangkan masih ramai mangsa belum membuat laporan.

Beliau berkata, lelaki itu direman hingga hari ini dan kemungkinan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi. Jumaat lalu, media melaporkan Datuk R menawarkan peluang perniagaan kepada lebih 10 rakan sekolah sebelum memperdaya mereka.(metro)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular