Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 6 Disember 2012

Gadis ini diperkosa lelaki yang baru dikenali





TAMPIN – Seorang gadis berusia 20-an yang menetap di sini berdepan detik mencemaskan dalam hidupnya apabila dia diculik pada 28 November lalu dan dirogol beberapa kali oleh lelaki yang baru dikenalinya sebelum dia berjaya melarikan diri 3 Disember lalu di Dungun, Terengganu.

Dalam kejadian 28 November lalu, Media difahamkan bapa gadis malang berkenaan berusia lingkungan 50-an membuat laporan di Balai Polis Tampin selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya yang dalam keadaan cemas.

Kali terakhir anaknya dilihat ialah pada 6 petang, 28 November lalu yang mahu keluar berjalan-jalan dengan lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, susulan kerjasama orang awam dalam membantu gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Dungun, lelaki yang baru dikenalinya itu berjaya ditangkap pihak polis pada hari sama mangsa berjaya melarikan diri.

“Pada 3 Disember, suspek iaitu seorang lelaki berusia 20-an meninggalkan mangsa di dalam kereta yang masih belum dimatikan enjinnya untuk mengeluarkan wang di mesin ATM di Dungun, Terengganu.

“Bagaimanapun, mangsa yang menyedari dia mampu menyelamatkan diri telah bertindak melarikan kereta Perodua Kancil berkenaan dan memohon bantuan orang awam untuk bertanyakan lokasi balai polis berhampiran,” katanya di Ibu Pejabat Poilis Daerah (IPD) Tampin, dekat sini, semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular