Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 6 Disember 2012

Penyanyi Najwa pinggirkan ayah kandung?

KUALA LUMPUR - PENYANYI Najwa Latif agak jarang dikaitkan dengan sebarang kisah kontroversi. Biarpun begitu, penyanyi kelahiran Batu Pahat, Johor berusia 17 tahun itu terpaksa akur apabila dia turut tidak dapat mengelakkan diri daripada dilanda isu sensasi sehingga dirinya diperkatakan ramai.

Sebuah media baru-baru ini telah melaporkan tentang luahan bapanya, Abdul Latif Ismail yang mendakwa Najwa telah meminggirkan dirinya sebagai seorang bapa.

Bapa Najwa juga mendedahkan anaknya itu kini sudah lalai dalam pelajaran sejak bergelar penyanyi.

Dalam kenyataan tersebut juga seolah-olah menggambarkan penyanyi muda berbakat besar itu sebagai seorang anak derhaka dan sudah mula lupa diri setelah mencipta nama dalam bidang nyanyian.

"  Sama ada saya kecewa atau tidak, saya terpaksa berhadapan dengan segala apa yang berlaku. Bagaimanapun, apa yang lebih penting saya perlu terus menjadi seorang yang kuat dan bersemangat untuk menghadapi semua itu.

" Dalam perkara ini, saya cuma menganggap setiap perkara yang telah terjadi ini pasti ada hikmah di sebaliknya. Jadi, lebih baik sekiranya saya kembali fokus kepada kerjaya sahaja tanpa memikirkan perkara peribadi.

" Saya minta maaf kerana tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang kerana isu yang timbul ini melibatkan keluarga. Kalau saya buka mulut dan bercerita, sudah tentu saya akan mengaibkan keluarga dan itulah perkara yang saya mahu elakkan sekarang". Tegas Najwa.

Sambungnya lagi, Sebenarnya saya lebih percaya bahawa setiap rezeki yang diperoleh itu semuanya telah ditentukan oleh Allah. Sekiranya terdapat sebarang tawaran membuat persembahan ditarik balik, saya anggap itu bukan rezeki dan terima dengan hati terbuka.



PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular