Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 16 Disember 2012

DAP tolak calon Melayu ?


BAYAN BARU - Peletakan jawatan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Aziz Ibrahim dikatakan antara punca menyebabkan calon Melayu tidak dipilih untuk menganggotai 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Bekas ahli CEC, Zulkifli Mohd Noor berkata, perwakilan Cina mungkin sudah serik untuk memberikan peluang kepada calon Melayu bagi menganggotai jawatankuasa tertinggi itu.

Beliau yang sebelum ini pernah menjadi Naib Pengerusi DAP Kebangsaan melahirkan rasa kecewa kerana laluan yang diberikan kepada Tunku Aziz untuk jawatan kanan dalam parti itu dirosakkan dan menyebabkan kekuatan Melayu dalam DAP sedikit tergugat.

“Walaupun kita telah letakkan lapan calon pemimpin Melayu yang berkaliber, namun satu pun tidak terpilih kerana perwakilan sudah fikir kalau kerusi itu kita beri kepada orang Melayu mungkin akan rosak kedudukan orang Melayu,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Dalam pemilihan yang berlangsung kelmarin, Zulkifli turut gagal mengekalkan keahliannya dalam CEC apabila hanya meraih 215 undi sahaja.

Mengulas mengenai kekalahan calon Melayu, Zulkifli mendakwa perwakilan DAP tidak dapat menerima lagi ideologi Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP berbanding Barisan Nasional (BN) yang sudah pun menerapkan konsep itu dalam konsep 1Malaysia.

Zulkifli berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerapkan unsur-unsur Malaysian Malaysia dalam konsep 1Malaysia yang diperkenalkan setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan negara.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular