Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 12 Disember 2012

Pak Long sambut ulang tahun ke 100




Othman yang mesra disapa Pak Long memotong pulut kuning bersama adiknya, Ramlah, 74, sempena sambutan hari lahir di Kampung Tanah Liat, semalam.




BUKIT MERTAJAM -  Seorang warga emas dari Kampung Tanah Liat Mukim 8 di sini, dianggap bertuah apabila masih dipanjangkan umur untuk meraikan ulang tahun kelahiran ke-100 pada tarikh keramat, semalam.

Dilahirkan 12 Disember 1912, Othman Daud mesra disapa Pak Long, masih sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit, malah ingatan dan penglihatannya masih jelas.

Buktinya, dia masih mampu membaca dengan baik tanpa menggunakan cermin mata dan boleh menulis dalam tulisan Jawi.

Othman berkata, dia tiada sebarang petua khusus tetapi setiap hari bangun seawal jam 6.30 pagi dan memulakan rutin harian mengayuh basikal tua sejauh satu kilometer dari rumah untuk ke sawah diusahakan sejak zaman muda.

Katanya, dia pulang sekitar jam 11 pagi untuk makan tengah hari dan keluar semula ke sawah jam 3 petang.

“Pak Long tiada petua tapi sejak muda lagi suka makan pucuk ulam maman yang dibuat kerabu dan minum kopi ‘O’ serta air suam.

“Alhamdulillah, mungkin amalan ini membuatkan Pak Long kekal sihat dan dengan izin Allah dipanjangkan usia hingga ke hari ini,” katanya pada majlis tahlil meraikan ulang tahun kelahirannya di kediamannya, semalam.

Anak sulung 12 beradik hasil perkongsian hidup pasangan Aishah Talib dan Daud Hasan yang sudah meninggal dunia itu kini tinggal bersama anak saudaranya, Faridah Ariffin, 44, yang juga ibu tunggal dan bekerja sebagai operator pengeluaran selain cucu saudaranya yang berusia 10 tahun.

Manakala, tiga saudaranya iaitu Mah, 97, Bedah, 71, dan Romlah, 75, berkahwin dan tinggal berasingan.

Meskipun sudah mencecah seabad, tidak sesekali terlintas baginya berumahtangga kerana takut melihat ramai berkahwin sering bergaduh hingga ada yang bercerai.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular