Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 17 Februari 2013

Pengantin Perempuan Lari Saat Perkahwinan

SMAIL bersama isteri, Salmiah menunjukkan laporan polis dan gambar Nor Azlina sambil diperhatikan oleh Nor Syamira di Taman Pekatra, Nibong Tebal semalam.

NIBONG TEBAL - Hasrat seorang bapa, Ismail Saad untuk melihat anak perempuannya bersanding semalam bukan sahaja tidak kesampaian malah, anaknya itu didakwa telah melarikan diri sejak Rabu lalu dari rumah mereka di Taman Pekatra di sini.

Menurut Ismail, 59, anaknya itu, Nor Azlina, 23, sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan majlis akad nikah yang telah diatur pada Jumaat lalu manakala majlis persandingan berlangsung semalam namun, dia didapati hilang dari rumah dipercayai mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulhelmi.

Lebih menyedihkan katanya, majlis persandingan untuk Nor Azlina yang sepatutnya berlangsung semalam telah bertukar menjadi majlis kenduri kesyukuran kerana majlis tersebut terpaksa diteruskan kerana segala persiapan perkahwinan termasuk jemputan kahwin dan tempahan katering sudah dibuat oleh pihak keluarga.

Antara tetamu yang hadir pada majlis itu ialah saudara-mara terdekat serta rakan-rakan Nor Azlina terbabit.

Cerita Ismail, kehilangan Nor Azlina yang merupakan bekas pekerja kilang bermula pada pukul 10 pagi Rabu lalu ketika dia dan isteri tiada di rumah sementara anaknya itu tinggal di rumah bersama adiknya, Nor Syamira, 16.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular