Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 22 Februari 2013

‘Kenapa babit saya?’- Almy Nadia

Almy Nadia

KUALA LUMPUR - “Kenapa nama saya dibabitkan sedangkan semuanya bukan urusan saya? Mereka yang punya masalah, tiba-tiba saya pula diheret,” kata pelakon, Almy Nadia Aminuddin Shah berhubung isu Fizz Fairuz yang didakwa mangsa penipuan bekas tunangnya, Azlyn Massiela, 26 dan lelaki yang mendakwa dirinya suami kepada Azlyn, Ramli, 40-an.

Menurut Almy, dia terkejut apabila Azlyn mula mengaitkan nama Almy dalam kenyataannya semalam dalam Berita Harian mendakwa yang Fizz masih bertemu Almy beberapa kali ketika mereka serius bercinta dan pernah memberikan baju sejuk yang dibeli Azlyn, tetapi dipakai Almy ketika sama-sama menjayakan sebuah program di Korea. “Saya tidak tahu motif Azlyn dengan memetik nama saya pula dalam permasalahan mereka sedangkan sejak awal lagi, saya terkejut apabila mengetahui yang Fizz sudah bertunang walaupun hubungan kami masih tergantung tanpa jawapan. Tapi, saya optimis dan sentiasa positif menganggap semuanya dugaan Allah.


“Kini apabila mereka (Fizz dan Azlyn) berdepan kontroversi, saya pula dibabitkan sama. Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaannya (Azlyn) mengenai saya dan Fizz masih bertemu ketika mereka sudah pun serius. Semua itu terlalu peribadi dan langsung tidak sepatutnya membabitkan saya.

“Saya yakin ada pihak cuba membunuh kerjaya dan reputasi saya. Hari ini (semalam) terbukti segala-galanya dan saya perlu lebih berhati-hati. Memang tidak masuk akal dan saya tidak mahu komen panjang,” katanya yang dihubungi, semalam.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular