Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 28 Februari 2013

Shila Amzah tunai umrah



KUALA LUMPUR -Impian penyanyi, Shila Amzah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya bakal termakbul, awal Mac ini.

Berita baik ini disampaikan oleh ibu Shila, Fauziah Sarman, menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada wartawan, semalam.

Shila dan keluarga bakal mengadakan majlis doa selamat, sekali gus sidang media bagi menjelaskan segala kekeruhan yang berlaku.

Bagaimanapun, niat murni penyanyi Patah Seribu itu untuk ke Tanah Suci bukanlah kerana kontroversi yang berlaku, sebaliknya ia sudah lama dirancang dan dimakbulkan ALLAH SWT.

Malah, bagi memastikan ibadahnya berjalan dengan lancar, Shila telah mengosongkan jadual seninya selama dua minggu.

Setelah sekian lama 'menghilangkan' diri, Shila akhirnya tampil berkongsi perkembangan dirinya kepada media dalam satu pertemuan, baru-baru ini.

Shila yang sebelum ini berdepan dengan kontroversi cinta terhalang, kini dilihat lebih positif dan enggan lagi menoleh ke belakang.

Menurut Shila, dia mahu melupakan segala kemelut yang berlaku sebelum ini. Malah menerusi Twitternya, Shila sempat membetulkan kenyataan di sebuah akhbar bahawa dia "takkan membenarkan diri dirisik buat masa ini".

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang ALLAH beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik, malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya.

Shila juga turut memaklumkan akan memberi tumpuan terhadap pembikinan album Melayu dan Mandarin sekembalinya menunaikan umrah nanti.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular