Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 4 Februari 2013

Isteri kedua ADUN mohon cerai


Mastura (depan) keluar dari kamar bicara sebaik kes tuntutan cerainya disebut di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.

DUNGUN – Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka memfailkan cerai ke atas suaminya semalam selepas kisah lelaki itu berkahwin dengan isteri ketiga iaitu kakak kepada ratu rock tanah air terbongkar dan disiarkan di sebuah majalah hiburan pada akhir tahun lalu.

Mastura Othman, 46, membuat permohonan itu di depan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas tidak lagi tinggal bersama suaminya, Mohd. Ariffin Abdullah, 60, sejak Disember 2012.

Mohd. Ariffin yang juga bapa kepada lapan orang anak dan tiga cucu itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah semalam menyebabkan prosiding terpaksa ditunda kepada 27 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Isteri ketiga yang dimaksudkan Mastura ialah Saidatulnisa Aminuddin merupakan seorang pengusaha butik dan jurusolek profesional dan kakak sulung kepada Ella.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular